MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH PERSATUAN KEBAJIKAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH PERSATUAN KEBAJIKAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Putrajaya, 20 Mei 2026 | Persatuan Kebajikan JBPM adakan Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih bagi meraikan dan menghargai jasa bakti YAS Dato’ Ir. Ts. Ahmad Izram bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) merangkap Yang Dipertua Persatuan Kebajikan JBPM sempena persaraan beliau yang akan menamatkan perkhidmatan pada 24 Mei 2026 nanti.

Semua barisan Ahli Jawatankuasa, Setiausaha Peehubungan dan Perwakilan Negeri-negeri juga dijemput hadir pada majlis tersebut bagi meraikan dan memeriahkan majlis yang diadakan.

Turut hadir Isteri YAS Dato’, YBhg. Datin Batiyah binti Bakar, Timbalan Yang Dipertua I, bersama 10 Ahli PERiSMA Kebangsaan juga hadir memeriahkan acara.

Majlis diserikan dengan penyampaian hadiah penghargaan Persatuan Kebajikan JBPM disampaikan oleh YBrs. PgKB I Norizan Saad, Timbalan Yang Dipertua kepada YAS Dato’ Ir. Ts. Ahmad Izram bin Osman.

Isteri Timbalan Yang Dipertua juga turut menyampaikan hadiah kenangan kepada YBhg. Datin Batiyah binti Bakar, Timbalan Yang Dipertua I.

PBT II Zulkifli bin Abdullah, Setiausaha, Persatuan Kebajikan JBPM juga turut menyampaikan hadiah mewakili perwakilan JBPM Negeri Selangor kepada Yang Dipertua sebagai kenangan persaraan.

Dalam majlis tersebut juga Yang Dipertua menyampaikan Saguhati kepada Setiausaha Perhubungan Negeri yang mencapai 90% keahlian dan ke atas serta Sumbangan Bantuan, Persatuan Kebajikan JBPM juga kepada beberapa Setiausaha Perhubungan Negeri.

Sebelum berakhir majlis Yang Dipertua diminta memotong kek hari lahir dan bergambar kenangan bersama Ahli Jawatankuasa, Setiausaha Perhubungan dan Perwakilan Negeri-negeri.

SELAMAT BERSARA YAS DATO’

#DemiKebajikanAhli
#PersatuanKebajikanJBPM
#KitaBomba
#DemiPertiwi
#WiraMerahJBPM