PROGRAM ZIARAH KASIH PENGURUSAN TERTINGGI JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

PROGRAM ZIARAH KASIH PENGURUSAN TERTINGGI JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Klang, 4 Mei 2026 – YAS Dato’ Sri Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah JBPM bersama YAS Dato’ Ir. Ts. Ahmad Izram bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah Operasi merangkap Yang Dipertua, Persatuan Kebajikan JBPM meluangkan masa hadir Program Ziarah Kasih sempena Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 ke rumah Pegawai Bomba Bersara yang ditimpa musibah kesihatan iaitu Encik Sahrudin bin Yahya, Telok Gadong Kecil Klang, Selangor.

Turut hadir YS PKPjB Dato’ Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah, JBPM Negeri Selangor, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri, Ketua Zon 3, Pegawai Bahagian Pengurusan Korporat dan Bahagian Operasi Ibu Pejabat JBPM, Ketua Balai BBP Klang Selatan, Ahli Jawatankuasa Kesatuan dan Wakil Ahli Jawatankuasa Persatuan Pegawai Pesara Selangor.

Seluruh warga JBPM mendoakan semoga mereka berdua diberikan kesembuhan dan kembali sihat seperti sedia kala.

#KitaBomba
#ProgramZiarahKasihHariBomba2026
#KitaSelangor
#KebajikanBomba