Apa itu i-Kebajikan Bomba?
i-Kebajikan Bomba merupakan sistem digital yang memudahkan ahli Persatuan Kebajikan JBPM untuk mengemaskini maklumat peribadi mereka secara online. Jika anda adalah ahli Persatuan Kebajikan JBPM, anda boleh mengemaskini maklumat peribadi anda dengan menggunakan sistem ini. Pihak Persatuan Kebajikan Boleh menggunakan data anda dan mendapatkan maklumat yang lebih tepat seperti bantuan yang boleh disalurkan dan permohonan yang berkaitan.
Tatacara Pengaktifan i-Kebajikan Bomba
Ahli perlu mengaktifkan i-Kebajikan Bomba dengan cara masuk laman web ini dan membuat semakan. Setelah itu ahli perlu mengisi borang permohonan pengaktifan. Setelah mengisi maklumat yang lengkap pihak Persatuan Kebajikan JBPM akan membuat semakan dan mengaktifkan permohonan ahli tersebut dengan menghantar email kepada ahli maklumat login ke sistem I-Kebajikan Bomba. Setelah itu ahli boleh mengemaskini profail peribadi dan perlu mengemakini apabila berlaku perubahan atau penambahan.

