PROGRAM ZIARAH KEBAJIKAN PEGAWAI SAKIT
Pandan Indah, 27 Ogos 2026 | YS PKPjB Dato’ Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah bersama Setiausaha Persatuan Kebajikan JBPM serta Pegawai JBPM Negeri Selangor hadir Program Ziarah kebajikan ke atas PPgB Ahmad Yusliza bin Yunus di rumah kediaman beliau di Kuarters BBP Pandan selepas menjalani pembedahan akibat sakit angin pasang (Hernia Surgry) di Hospital Pakar Pusrawi Kuala Lumpur.
Sama-sama kita mendoakan semoga Allah SWT memberi kesembuhan pada beliau seperti sediakala.


