PROGRAM ZIARAH KEBAJIKAN (MANTAN TKPO)
Kuala Lumpur, 27 Ogos 2026 | YS PKPjB Dato’ Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah, JBPM Negeri Selangor hadir program Ziarah kebajikan ke atas Dato’ Ir. Ts. Ahmad Izram bin Osman, mantan TKPO di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur Hospital selepas menjalani pembedahan pintasan jantung (bypass) pada 21 Ogos 2026. Kini beliau ditempatkan di Bilik 402, Wad, Tingkat 4.
Turut hadir, Setiausaha Persatuan Kebajikan JBPM, Pegawai Kanan JBPM Negeri Selangor.
Sama-sama kita mendoakan semoga Allah SWT memberi kesembuhan pada beliau seperti sediakala.


