ROGRAM ZIARAH KASIH TIMBALAN KETUA PENGARAH OPERASI MERANGKAP YANG DIPERTUA PERSATUAN KEBAJIKAN JBPM
Klang, 4 Mei 2026 – YAS Dato’ Ir. Ts. Ahmad Izram bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah Operasi merangkap Yang Dipertua, Persatuan Kebajikan JBPM meluangkan masa hadir Program Ziarah Kasih sempena Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 ke rumah Pegawai Bomba Bersara yang ditimpa musibah kesihatan iaitu Encik Samsudin bin Ahmad, di Kampong Sungai Udang, Klang, Selangor.
Turut hadir YS PKPjB Dato’ Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah, Ketua Zon 3, Selangor, Pegawai Bahagian Pengurusan Korporat JBPM, Ketua Balai BBP Klang Selatan, Ahli Jawatankuasa Kesatuan dan Wakil Ahli Jawatankuasa Persatuan Pegawai Pesara Selangor.
Seluruh warga JBPM mendoakan semoga mereka berdua diberikan kesembuhan dan kembali sihat seperti sedia kala.
#KitaBomba
#ProgramZiarahKasihHariBomba2026
#KitaSelangor
#KebajikanBomba

