TAKLIMAT DAN SEMAKAN KEAHLIAN PERSATUAN KEBAJIKAN DI BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT MIRI, JBPM NEGERI SARAWAK
Miri, 3 Mei 2026 – Usai Program Larian Jubli Emas Bomba JBPM Negeri Sarawak, wakil Ahli Jawatankuasa Persatuan Kebajikan JBPM meluangkan masa adakan sesi taklimat dan penerangan berkaitan Persatuan Kebajikan.
Semasa sesi tersebut juga Ahli Jawatankuasa membuat semakan keahlian melalui sistem portal i-kebajikan bomba bagi memastikan setiap pegawai dan anggota di BBP Miri menyertai Persatuan Kebajikan JBPM, mereka diminta untuk segera mengemaskini serta melengkapkan maklumat ahli di dalam protal i-kebajikan bomba.
Penerangan berkaitan faedah bantuan yang akan diterima oleh ahli sekiranya berlaku kematian, ditimpa musibah/bencana melibatkan keilatan/kerugian harta benda juga turut dikongsikan.
#TargetKeahlian90%
#DemiKebajikanAhli
#KitaBomba
#PersatuanKebajikanJBPM
Sumber : Facebook Persatuan Kebajikan JBPM

