PROGRAM SUMBANGAN BANTUAN KHAIRAT DAN SUMBANGAN KEBAJIKAN
Machang, Kelantan, 26 April 2026 – Usai sahaja Program Firesquid Challenge di Marang, Terengganu, YS PKPjB Dato’ Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor terus ke rumah balu arwah PB Muhammad Iffan bin Abdul Ghani di Kampung Kuala Hau, Machang Kelantan untuk menyampaikan sumbangan khairat kematian daripada Pertubuhan Badan Khairat Kematian JBPM Negeri Selangor dan Sumbangan daripada Persatuan Kebajikan JBPM bagi meringankan baban kewangan waris.
Pengarah juga turut menyampaikan Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2025 arwah kepada balunya termasuk sumbangan pakaian baby (anak yang baru lahir).
Mengiringi Pengarah JBPM Negeri Selangor adalah Setiausaha Persatuan Kebajikan JBPM, Setiausaha Perhubungan Persatuan Kebajikan, JBPM Negeri Kelantan dan wakil Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Badan Khairat Kematian JBPM Negeri Selangor.
Semoga seluruh keluarga arwah tabah menghadapi ujian yang berat ini dengan redha.
Sumber : Facebook JBPM Negeri Selangor

