ZIARAH KEMATIAN DAN SUMBANGAN KHAIRAT SERTA KEBAJIKAN
Banting, 22 April 2026 – Pengarah JBPM Negeri Selangor hadir menziarahi Pegawai BBP Teluk Panglima Garang iaitu PBK I Nurul Azizan bin Zulkarnain di rumahnya No 3. Jalan Cemara 10 Taman Cemara Kelanang, Banting, Selangor yang menghadapi ujian dengan kematian anak akibat sakit kanser di Hospital Pakar HUKM Cheras.
Dalam masa sama Pengarah menyampaikan sumbangan kematian daripada Pertubuhan Badan Khairat Kematian JBPM Negeri Selangor dan sumbangan daripada Persatuan Kebajikan JBPM.
Turut hadir adalah Setiausaha Persatuan Kebajikan JBPM, Pegawai Zon dan Ketua Balai serta Pegawai BBP Teluk Panglima Garang.
Sumber : Facebook JBPM Negeri Selangor

